NAMA PENSYARAH : PUAN SITI AISHAH BINTI OTHMAN
AHLI KUMPULAN :
- TEH CHUN HONG (16DKA16F1084)
- ARNITA A/P SURIEYA SANGAR(16KA16F1111)
- SERI SATHISWERAN (16DKA16F1087)
- SRI SANTHIRAN (16DKA16F1081)
PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmat oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 dan 1955.
MAKSUD PILIHAN RAYA
pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan.ataupun negeri. secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundiaan tercapai melalui prosuder yang kemas dan teratur.Walau bagaimanapun,pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka. calon yang mendapat und yang terbanyak dikira sebagai menang. kemenangan tetap diambil kira walaupon dengan majoriti mudah.
SEJARAH PILIHAN RAYA
PRU PERTAMA(1959)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959.
Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:
- Parti Perikatan(kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi.
- Parti Negara : memperolehi 1 kerusi
- Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi
- Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi
- Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi
- Bebas : memperolehi 8 kerusi
PRU KEDUA(1964)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.
Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
- Parti Perikatan : memperolehi 89 kerusi.
- Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 9
- Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi
- Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi
- Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi
- Parti Tindakan Rakyat( PETIR) : memperolehi 1 kerusi
PRU KETIGA(1969)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari.
Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
- Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi.
- Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 12 kerusi
- Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi
- Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 13 kerusi
- Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi
- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi
- Parti Pesaka Sarawak(PESAKA): memperolehi 2 kerusi
- Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi
- Bebas: memperolehi 1 kerusi
PRU KEEMPAT (1974)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.
Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi
- Parti Keadilan Masyarakat Malaysia(PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi
PRU KELIMA (1978)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari.
Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 16 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi
- Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi
- Bebas : memperolehi 2 kerusi
PRU KEENAM (1982)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.
Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi
- Bebas : memperolehi 8 kerusi
PRU KETUJUH (1986)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.
Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 24 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi
- Bebas : memperolehi 4 kerusi
PRU KELAPAN (1990)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.
Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi
- Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi
- Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
- Bebas : memperolehi 4 kerusi
PRU KESEMBILAN (1995)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.
Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi
- Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi
- Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi
- Bebas : memperolehi 4 kerusi
PRU KESEPULUH (1999)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari.
Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi
- Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
- Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi
PRU KESEBELAS(2004)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari.
Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi
- Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi
- Bebas : memperolehi 1 kerusi
PRU KEDUA BELAS (2008)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 13 Febuari. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Febuari, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Mac. 2008. Tempoh berkempen ialah selama 13 hari.
Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
- Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi
- Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi
- Bebas : memperolehi 1 kerusi
Maklumat Tambahan:
Tarikh yang dipaparkan diatas hanya sesuai untuk digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja, ini memadangkan tarikh mengundi di Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung, baik untuk Dewan Rakyat(Parlimen) mahupun Dewan Undangan Negeri.
Sebagai contoh, bolehlah rujuk kepada PRU 1969. Hari mengundi di Semenanjung telah ditetapkan pada 10 Mei 1969. Bagi negeri Sabah, tarikh pengundian berperingkat telah ditetapkan pada 10 sehingga 25 Mei 1969 dan tarikh pengundian berperingkat di Sarawak bermula dari 10 Mei sehingga 7 Jun 1969.
Info Penting
- Hanya bermula PRU ke-10 pada tahun 1999: Hari mengundi untuk kerusi Dewan Rakyattelah ditetapkan satu hari sahaja untuk seluruh negara iaitu pada 29 November 1999. Walau bagaimanapun PRU Ke-10 ini hanya melibatkan DUN-DUN di Semenanjung. DUN di Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam pilihan raya umum kali ini kerana ia diadakan secara berasingan.
- Hanya bermula pada PRU 2004, buat pertama kalinya DUN Sabah menyertai pilihan raya umum bersama dengan DUN-DUN di Semenanjung. Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam pilihan raya umum ini dan ia berkekalan hinggalah ke hari ini.
FUNGSI PILIHAN RAYA
- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
- Mengekalkan pucuk pimpinan
- Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
- Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
- Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.
Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.
Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.
Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujuiMajlis Raja-Raja.
Keanggotaan SPR
- Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.
- Pada melantik anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
- Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terhenti daripada memegang jawatan apabila mencapai umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan di bawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.
- Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (3), Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah memecat daripada jawatan mana-mana anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika anggota itu--
(a) seorang bankrap belum lepas; atau
(b) melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau
(c) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.
(b) melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau
(c) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.
- Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (4), pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya:
Dengan syarat kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.
- Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
- Tertakluk kepada Peruntukan perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi terma-terma jawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya selain saraan mereka.
- Saraan dan terma-terma lain jawatan bagi seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidaklah boleh, selepas pelantikannnya, diubah menjadi kurang baik baginya.
- Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka timbalan pengerusi hendaklah menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu, dan jika timbalan pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu.
- Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya
Undang-undang dan Peraturan berkaitan dengan urusan pilihan raya telah diwujudkan bagi memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya.Antara undang-undang dan peraturan yang digubal adalah seperti berikut:
i) Perlembagaan Persekutuan;ii) Perlembagaan Negeri;iii) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957iv) Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);v) Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);vi) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981;vii) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002;Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Antarannya termasuklah Akta Polis 1967; Akta Hasutan 1958; Akta Rahsia Rasmi 1971; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.
- Peringkat-peringkat Pilihan Raya
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan dua belas peringkat seperti berikut:1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA2. PENDAFTARAN PEM3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH4. PEMBUBARAN PARLIMEN5. PENETAPAN TARIKH PRU ( dalam tempoh 60/90 hari )6. HARI PENAMAAN CALON7.KEMPEN PILIHAN RAYA8. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 am-5 pm )9. PENGIRAAN UNDI – ( pada malam hari mengundi )10. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PR11. PEMBENTUKAN KERAJAAN ( perlantikan PM / kabinet )12. PERSIDANGAN PARLIMEN ( dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran parlimen
- Sebagai rujukan
No comments:
Post a Comment